CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

BANTAL PANAS / TUNGKU LETRIK

BERTUNGKU CARA MODEN
(Bantal Panas Terapi/Tanpa Magnet)
RM40 sahaja!!!
 (Free Postage utk seluruh malaysia) 
SMS : 014-338 5778 (mida)*
*Pre-Order Bantal Panas bermagnet 

 - Hanya Charge sehingga "indicator lamp" padam (lebih kurang dalam 5 - 10 minit) dan sedia utk digunakan.
- Tidak Perlu diisi air.
-Diperbuat daripada bahan anti-kuman yang mengandungi cecair, bantal panas terapi ini bersih dan mempunyai unsur perubatan yang tersendiri.Cecair merupakan air garam bukit dan gel, ianya diisi sekali sahaja dan mudah di bawa ke mana-mana.


FUNGSI :

1. Mengelakkan artritis.
2. Baik untuk pesakit strok.
3. Mengurangkan sakit servikal vertebra.
4. Mengurangkan sakit kepala
5. Melegakan sakit leher, bahu dan belakang badan.
6. Melegakan masalah sengugut (period pain)
7. Mengurangkan masalah lenguh-lenguh lutut dan sakit pinggang
8. Mengurangkan masalah perut kembung.
9. Melegakan bahagian tulang patah
10. Juga sesuai untuk kegunaan ibu-ibu lepas bersalin. (tuam pd perut bg melancarkan aliran darah nifas)


CIRI - CIRI :
Berat = 1.7kg++ setiap satu


Sesuai utk :-
* orang dewasa 12 tahun ke atas.
* wanita yang baru lepas bersalin
* Wanita yang menghadapi masalah senggugut.(Period Pain)
* Menghadapi masalah lenguh badan dan angin.
* Juga untuk lelaki sesuai untuk seluruh badan kecuali bahagian kemaluan.


CARA MENGGUNAKAN :







Caj tungku selama 5 hingga10 minit dan lampu khas (indicator lamp) akan terpadam secara automatik. Bantal akan menjadi panas sehingga 70 - 80 darjah celcius dan boleh bertahan sehingga 2 - 3 jam. Dan hanya tekap pd bahagian yg sakit @ perlu rawatan.Sungguh Mudah!!!









 















































































































































































~ CD utk surirumah (Full Time House Wife)  & ibu bekerja (Full Time Working Mom) 


Mulanya, sebagai FTWM (ibu bekerja) saya kurang yakin dgn penggunaan CD kerana saya rasa ianya tidak praktikal malahan saya rasa ia juga menyusahkan kerana saya menghantar anak2 saya ke nursery. Tetapi  nasihat dan cadangan kawan-kawan dan "pakar2" CD  telah memudahkan saya dalam menguruskan CD terutama sekali sewaktu anak2 saya dihantar ke nursery, saya hanya perlu :

 * Menyediakan 4-5 CD utk diberi kpd Penjaga nursery, yang saya telah setkan size serta telah masukkan insert siap2 di dalamnya bagi CD yg bukan jenis All-in-One.

* Penjaga nursery hanya perlu memakaikan terus CD tanpa perlu memasukkan insert ke dlm poket.

* Dan saya pesan pada penjaga nursery sekiranya anak saya "wee wee" atau "poop" tidak perlu cuci hanya masukkan shj ke dalam plastik atau wetbag utk saya basuh balik rumah nanti.

Kalau berjalan2, bawa plastik/wet bag untuk menyimpan cloth diaper kotor. Jika "poop" guna plastik asing, bagi yg rasa leceh utk ke toilet buang "poop" itu.
~Berapa CD yg perlu dibeli?


hanya 10 pcs CD pun sudah agak mencukupi utk seorg bayi tapi dengan syarat tiap2 hari mesti dibasuh & ianya mesti kering utk di pakai keesokkanya. Tetapi untuk travel/balik kampung adalah lebih baik beli lebih sikit, 15 - 20 pcs. Takut kalau2 tdk sempat basuh.

Panduan..

Tukarlah cloth diaper anak anda setiap kali dia "poop" & apabila telah berat. (Disposable Diapers (DD) pun sama jg kan...)

Bagi newborn baby pula tukar 2-3 jam sekali.


~Jadual Penggunaan Cloth Diaper sebagai panduan anda: (Jadual saya sendiri)**


• 7.30am -11am : 1 CD dgn 2 insert - lebih kurang 4-5jam


• 11 am - 2 pm : 1 CD with 1 insert (Selepas mandi) - lebih kurang 2-3jam

• 2pm- 6.30 pm : 1 CD with 2 insert-lebih kurang 4-5jam

• 6.30pm - 8.30 pm : 1 CD with 1 insert (Selepas mandi)-lebih kurang 2-3jam

• 8.30pm - 12 pm : 1 CD with 2 insert-lebih kurang 4-5jam 

** tempoh penggunaan CD juga bergantung kepada kuantiti "wee wee" baby itu sendiri, sekiranya banyak maka Cd hendaklah ditukar lebih kerap.

Jumlah: 5-6 helai cloth diaper sehari, tempoh penggunaan selama 3@4jam sekali di siang hari dan 5-6 jam di waktu malam.

~Apa yang menyebabkan Cloth Diapers (CD) bocor? Bagaimana mengelakkan bocor?


Tdk cukup pre wash. CD perlu pre wash sekurang2nya 3 kali sebelum digunakan. Pre-wash bermaksud  CD yg baru dibeli perlu dibasuh dgn air SAHAJA  beberapa kali sebelum boleh digunakan kpd baby.


Sesuaikan size CD. CD boleh di "adjust" dari saiz S,M,XL dan XXL (bagi sesetengah jenis CD, Cthny: Happy Flute) dan pastikan CD betul2 fit dan tidak longgar. Pastikan insert CD tdk berlipat  terutamanya di kawasan tepi CD (sebelah peha). Insert mesti diratakan selepas dimasukkan ke dlm poket.

Pakai terlalu lama. CD yang dipakai terlalu lama, boleh menyebabkan kebocoran , Disposable Diaper jg begitu kan? jadi pastikan ibu sentiasa "alert" dgn jumlah tampungan CD.


Cara basuh. Pastikan tidak ada sisa2 sabun tertinggal semasa basuhan. Sisa2 sabun boleh menghalang kuasa penyerapan insert. Sabun yg digunakan juga mestilah tidak mengandungi peluntur, enzim, pelembut, juga tidak ada unsur minyak, tidak terlalu berbuih. Amalan saya, saya lebih suka bilas CD dan Insert sebelum dibasuh bagi menghilangkan bau hancing pada insert.


Kesesuaian cutting CD utk baby. Seperti yang diketahui Cutting Coolababy dan Sunny Minky lebih besar berbanding cutting babyland dan Rainbow BB


~TIPs Penjagaan CD (Cloth Diapers)


1. Jangan bilas cloth diaper menggunakan pelembut. ini akan menyebabkan daya serapan berkurang.


2. Jangan seterika Cloth Diaper anda.


3. Untuk kotoran seperti "poop" baby, keluarkan insert kemudian bilas CD cover dengan air.


4. Untuk pengunaan jangka panjang, gunakan Luandry Net untuk membasuh CD's.


5. Kotoran degil pada insert, boleh dihilangkan menggunakan asam limau atau cuka. CLOROX @ sebarang jenis PELUNTUR tidak boleh digunakan sama sekali utk membasuh CD!!


6. CD's stripping perlu dilakukan selepas beberapa bulan @ bila insert rasa kurang menyerap dan.


~Cara "STRIPPING" cloth diaper


1. Campurkan 1/2 cawan cuka makan ke dalam 1/2 baldi air


2. Rendamkan insert dan cloth diaper selama 10-15 minit


3. Kemudian bolehlan dibasuh seperti biasa sebelum dijemur.


~Sekiranya PERNAH menggunakan Pelembut..


1. Sabun yg mempunyai kuasa agen penghapus minyak (etc: Pureen HAD/Sunlight (sabun cuci pinggan))


2. Basahkan cloth diaper / insert yang kurang menyerap itu.


3. Sapu sedikit cecair pinggang mangkuk tersebut dan gosokkan terus ke cloth diaper / insert yg tidak menyerap air tadi. Tidak perlu dicairkan.


4. Gosok dgn tangan sehingga rata


5. Bilas dan keringkan


6. Ulangi sehingga anda rasa lampin atau insert dapat menyerap




~Menghilangkan kesan kuning pada cloth diaper


Ada beberapa cara yang boleh dicuba:


Sebenarnya kotoran jarang sekali melekat pada cover CD kerana jenis kain itu sendiri adalah jenis kain yg susah lekat kotoran. tetapi, sekiranya berlaku jg:


1. Gunakan sabun pencuci pinggan jenis cecair seperti sunlight atau glow.


2. Sabun tersebut tdk perlu dicampur air, gosokkan terus pada tempat kuning & sental dgn tangan.


3. Bilas hingga bersih @ masukkan kedalam mesin basuh dgn mode cucian normal.


4. Jemur bawah terik matahari jg boleh membantu menghilangkan kesan kuning.



Bermacam-macam brand cloth diaper boleh didapati dipasaran sekarang ini. Tawaran harga juga berbeza-beza ada yg murah, juga yg mahal. Ada plain, ada bercorak. Ada snap button, velcro, aio. Berpoket & tidak berpoket, one size @ fitted size, jadi bagi ibu-ibu yg baru mahu berjinak-jinak dgn CD , membuat pilihan CD memang agak membingungkan dan sukar, berikut adalah tips-tips umum dlm memilih CD:
1. Jangan beli dlm kuantiti banyak sekaligus . Ibu-ibu boleh cuba 1 @ 2 pcs CD utk setiap jenis/jenama Cd untuk melihat kesesuain CD tersebut kepada bayi anda. kesesuaian adalah pada kedua-dua pihak, pihak ibu & pihak bayi...tengok dari segi keselesaan baby menggunakan CD tersebut, kurangnya ruam lampin, kurang leaking dan perhatikan juga dari segi size, memanglah CD ni generally fit to size S,M,L..tapi kena faham bahawa size & potongan badan bayi juga berbeza-beza, ada yg tinggi, montok, gebu, gempal, kurus atau panjang, jadi kenalah cari CD yg bersesuaian. Yang paling penting ibu-ibu kena biasakan diri dulu dgn CD itu sendiri, secara tidak langsung proses ini akan membantu kita mengenali features CD selepas itu.


2. Pastikan saiz cloth diaper sesuai dgn baby. Ini kerana setiap CD mempunyai cutting yang berbeza, cd jenis coolababy, Happy flute dan sunny minky lebih besar berbanding rainbow bb dan babyland dan Coolababy pula agak kecil sedikit berbanding Happy Flute/Sunny Baby Minky tetapi besar sedikit jika dibandingkan dgn  Rainbow Bb atau Babyland.

3.Mahal atau Murah. Sebenarnya,pada saya harga sekeping CD dalam range RM20-40 /pcs masih belum boleh dikategorikan murah cuma kalau dibandingkan dgn sesetengah CD yg berharga RM40-80/pcs sememangnya ia lebih murah, tetapi semuanya terpulang kepada ibu, ada ibu berpendapat mengatakan yg mahal lagi berkualiti,cantik, thn lama dan lagi bagus, tetapi sebenarnya ia juga bergantung kepada cara penjagaan cd, lagi bagus kita menjaga cd maka lagi lama kita boleh menggunakannya, dari segi kualiti juga rasanya tidak kurang beza malah kini terdapat pelbagai corak dan rekaan berwarna-warni biarpun cd tersebut murah dan yg paling baru ialah inovasi CD yg ada leakguard di peha. Yg paling penting mahal atau murah CD itu sekalipun ianya tetap mempunyai fungsi yg sama iaitu untuk "Menggantikan Disposable diapers" kan? =)

4. Fully CD? Saya sendiri bermula dgn 10kpg CD dan sentiasa memastikan CD dibasuh dan kering utk diguna semula esok paginya, tetapi lebih selamat lagi klu kita mempunyai 15-20pcs cd. (takut kalau2 cd x sempat basuh dan tdk sempat kering)
p/s: sekarang sy ada lebih dari 30pcs CD pelbagai jenama.

TIPs PENTING!!


Cadangan jenis cloth diaper mengikut umur baby:


Newborn - 1 1/2 thn : Rainbow BB & Babyland (tapi terpulang pada size baby, saya mula menggunakan CD jenama Coolababy ketika baby (Rafael) berusia 3 bulan dan berat ketika itu hanyalah 6.3kg, cuma saya perlu "adjust" pada snap button utk mengecilkan sedikit saiz CD tersebut dan sekarang pada usia 11 bulan saya masih menggunakan CD yg sama cuma perlu adjust kepada size M, utk rainbow BB saya x perlu adjust button dan utk Sunny Baby/Happy flute saya masih perlu adjust ke size M)


1 - 1/2 thn ke atas : Coolababy (plain/printed/leakguard), Sunny Baby Minky& Happy Flute


1 1/2 thn ke atas : Happy Flute XXL

Beza Coolababy, Babyland, Rainbow BB, Sunny Baby Minky & Happy Flute


• Dari segi ciri2 & material sebenarnya sama sahaja.Hanya insert mempunyai sedikit perbezaan dimanaada insert yg lebih lembut dan ada yg agak kasar sedikit.

• Ada perbezaan dari segi design, size cutting & warna.

• Cara menggunakan, membasuh dan penjagaan cd adalah sama sahaja.

Cutting
Cutting Coolababy & Sunny Baby lebih besar berbanding Rainbow & Babyland


 Dari kiri Coolababy, Babyland & Rainbow BB(Hijau)


Atas sekali Rainbow BB, (Tgh) Babyland, (bwh sekali) Coolababy

Color
Terdapat sedikit perbezaan pada warna (utk plain CD). Babyland paling terang & Rainbow BB paling light. Coolababy pula sedikit gelap. Tetapi sekarang, sudah banyak terdapat CD "printed" atau bergambar, yg lebih menarik.



Ciri-Ciri:


• Design unik dengan 3 barisan snap button untuk menyesuaikan saiz (S,M,L), muat pada bayi 3kg hingga 13kg dan utk size XXL (Happy Flute) , muat pada kanak-kanak sehingga 17kg.

• Setiap Cloth Diaper didatangkan dengan 2 insert.

• Cover cloth diaper polyester dengan PUL laminate tahan lasak dan mampu mencegah kebocoran. Utk Minky cover pula ianya lebih lembut dan halus tetapi masih mampu utk mencegah kebocoran.

• Lapisan dalam diperbuat daripada fabric microfleece lembut berfungsi memastikan punggung bayi berada dlm keadaan kering dan mudah untuk dibersihkan.

Perbezaan Cloth Diaper berpoket & AIO (All-in-One) :

• Cloth Diaper Button/Velcro mempunyai poket untuk membolehkan insert dimasukkan ke dalamnya semasa pemakaian cloth diaper.

• Manakala Cloth Diaper AIO tidak mempunyai poket. Insert telah dijahit sekali dengan diaper. Paling mudah dipakai dan amat sesuai digunakan jika anda ingin menghantar anak anda kepada nursery/babysitter kerana cara pemakaiannya sama mcm disposable diaper.

• Dari segi basuhan, yang berpoket lebih cepat kering sebab insertnya boleh dikeluarkan dan di keringkan berasingan dengan cover. Cover cloth diaper cepat kering berbanding insert,jadi bolehlah dipakai semula dgn insert yg lain.

•Bagi Cloth Diapers jenis AIO (All-in-One). Gunalah air secukupnya untuk membersihkan kotoran. Anda boleh gunakan anti-virus seperti detol dll sebagai alternatif dari segi kebersihan kerana insert tidak boleh dikeluarkan utk dicuci berasingan.






 ragu-ragu kerana?
• Mahal? - Memang tidak dinafikan harga utk sekeping CD lebih kurang dgn 1 bunch of Disposable Diapers, tetapi fikirkan kembali, sekeping CD itu boleh dibasuh dan kemudian dipakai berulang-ulang kali jika dibandingkan dgn disposable diapers yang dipakai hanya sekali kemudian dibuang begitu sahaja.....

• Bagus ke? -Ianya tidaklah sesusah yg anda fikirkan, prinsipnya adalah sama seperti mengunakan Lampin Pakai Buang, bezanya, Cloth Diapers tidak mempunyai kandungan bahan kimia seperti apa yg terkandung dalam lampin pakai buang dan boleh dibasuh dan diguna berulang kali. 
Antara bahan kimi yg terkandung dlm Disposable Diapers ialah:-
• polyethylene film
• polyester
• polypropylene
• pulp fluff daripada pulpa kayu yang diawet dengan klorin
• sodium polyacrylate
• minyak dan resin yang berpotensi menimbulkan alergi
• wangian yang memudaratkan dan bahan-bahan kimia lain yang berbahaya seperti tributylin (salah satu   bahan paling beracun pernah dihasilkan).~ sumber : http://momscentre.wordpress.com/2009/08/05/bahan-beracun-dalam-lampin-pakai-buang/


There are toxic chemicals found in disposable diapers. How can we be putting our children in these toxic diapers?? ~ sumber : http://www.associatedcontent.com/article/269054/the_truth_about_disposable_diapers.html

But the chemical is still found in disposable diapers that touch babies' skin and are absorbed by it. sumber ~ http://www.xomba.com/chemical_some_disposable_diapers_cause_obesity_and_hormone_disruption


• Leceh? - Adakah hanya disebabkan CD perlu dibasuh anda merasa leceh? apa bezanya membasuh CD dgn membasuh pakaian harian yg lain?


~Mengapa perlu bertukar kepada Cloth Diaper?


1.CD lebih jimat
2.CD lebih bebas kimia 

kalau dibuat perbandingan:-
Kos CD:


Cloth Diaper + 2 Insert:


~ RM30 (anggaran) x 20 set (termasuk 40 insert) = RM600 /one time pay cost only!!!

~ Anggaran tempoh pengunaan CD = 2 Tahun
~Kos CD utk 2 tahun = RM600.00 

Kos Lampin Pakai Buang :


5 keping/hari (Paling minimum)  x RM0.45sen (kadar paling murah)  = RM2.25/hari (purata penggunaan dlm sehari)
365 days x RM2.25 = RM821.25 / Year

RM821.25 x 2 years = RM1642.50 / 2 Years

ANDA JIMAT = RM1642.50 - RM600 = RM1042.50 

:. perkiraan adalah berdasarkan kepada kadar paling minimum dan paling murah dikira utk Disposable Diapers.Walaupun kenyataannya penggunaan mungkin lebih daripada itu...ini belum lagi dicampur kira bahan kimia dalam Disposable Diaper yg kita pakaikan sendiri kepada baby tuu.. Cuba2lah congak-kira-hitung lah sendiri..o-O

Jadi, kenapa masih mahu membazir kalau ada pilihan yang jauh lebih BERBALOI???
renung-renungkanlah...
 

~Jadi kepada semua IBU ~ Selamat Ber"CD"ing!!!~
^-^ 

Apa itu insert?

INSERT????

Insert adalah material penyerap dalam CD. Mempunyai pelbagai size, fabrik dan design, Berikut adalah Jenis-jenis insert:-

~ Microfibre ~ biasanya digunakan untuk pocket diapers untuk memastikan kulit bayi sentiasa kering, umumnya kebanyakkan CD yg ada di pasaran menggunakan insert jenis ini. Insert jenis ini juga boleh dibeli berasingan.

~ Bamboo ~ Insert jenis ini merupakan insert yang paling bagus dari segi penyerapannya walaupun dengan hanya menggunakan 1 insert sahaja. Walaubagaimanapun insert jenis ini jarang dijual berasingan serta harganya agak mahal bebanding microfibre.
~Hemp~ Insert jenis Hemp mempunyai daya serapan seperti bamboo insert, juga agak sukar didapati di pasaran, dan harga juga agak mahal berbanding microfiber.
~ Cotton ~ Insert jenis cotton lebih lembut jika dibandingkan dgn microfibre, daya serapan yang tinggi dan mudah dikeringkan sekiranya dicuci.

Pengenalan CD (Cloth Diapers)

~Apa itu CLOTH DIAPERS?


Lebih mudah kalau cloth diaper dikenali sebagai kain lampin moden. Moden kerana ianyan telah diinovasikan menjadi kain lampin yg mempunyai daya serapan seperti Disposable diapers tetapi dalam masa yg sama boleh dibasuh kemudian di pakai berulang kali.


~ Kelebihannya?
-Penjimatan "super" berganda untuk jangka panjang.
- Bayi juga tidak terdedah kepada bahan kimia yang terkandung dalam lampin pakai buang (Melalui pengalaman saya sendiri pemakaian CD mampu mengurangkan ruam lampin pada baby saya yang berusia 5 bulan.(kini 11 bulan))
-membantu dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar


~ Senang dipakai ke?
Tiada beza seperti memakaikan Disposable Diapers. Jenis berpoket seperti button & velcro,boleh rujuk gambarajah ini :




Jenis AIO (All-in-One) * pula skip Step 3, teruskan ke Step 4. Kerana insert dijahit sekali dalam diapers.


~Macam mana nak basuh?


Sama spt kita basuh baju hari-hari cuma jangan gunakan pencuci yang ada bahan peluntur, softener dan enzim sebab akan cepat merosakkan diaper dan menyebabkan sensitif pada kulit bayi. Sabun yang biasa digunakan Pureen HAD kerana lembut pada kulit bayi tapi kalau mahu menggunakan sabun lain pun tiada masalah Cuma gunakan sabun yang paling biasa & murah, ada juga yang mencadangkan pada saya utk guna sabun Sunlight.Jika cucian tangan, berus kain amatlah tidak digalakkan kerana akan merosakkan microfiber pada cover CD tersebut. Kalau saya, sebelum masuk dalam washing machine saya akan bilas dulu dgn air & utk “poop” pula , selepas “poop” itu dibersihkan, saya akan gunakan sabunPureen HADsebelum bilas dan masukkan ke dlm washing machine. Normal wash sahaja.


Yang paling penting, Pre-Wash CD 2-3x sebelum menggunakan kerana ianya membantu meningkatkan daya serapan CD