CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »


~TIPs Penjagaan CD (Cloth Diapers)


1. Jangan bilas cloth diaper menggunakan pelembut. ini akan menyebabkan daya serapan berkurang.


2. Jangan seterika Cloth Diaper anda.


3. Untuk kotoran seperti "poop" baby, keluarkan insert kemudian bilas CD cover dengan air.


4. Untuk pengunaan jangka panjang, gunakan Luandry Net untuk membasuh CD's.


5. Kotoran degil pada insert, boleh dihilangkan menggunakan asam limau atau cuka. CLOROX @ sebarang jenis PELUNTUR tidak boleh digunakan sama sekali utk membasuh CD!!


6. CD's stripping perlu dilakukan selepas beberapa bulan @ bila insert rasa kurang menyerap dan.


~Cara "STRIPPING" cloth diaper


1. Campurkan 1/2 cawan cuka makan ke dalam 1/2 baldi air


2. Rendamkan insert dan cloth diaper selama 10-15 minit


3. Kemudian bolehlan dibasuh seperti biasa sebelum dijemur.


~Sekiranya PERNAH menggunakan Pelembut..


1. Sabun yg mempunyai kuasa agen penghapus minyak (etc: Pureen HAD/Sunlight (sabun cuci pinggan))


2. Basahkan cloth diaper / insert yang kurang menyerap itu.


3. Sapu sedikit cecair pinggang mangkuk tersebut dan gosokkan terus ke cloth diaper / insert yg tidak menyerap air tadi. Tidak perlu dicairkan.


4. Gosok dgn tangan sehingga rata


5. Bilas dan keringkan


6. Ulangi sehingga anda rasa lampin atau insert dapat menyerap




~Menghilangkan kesan kuning pada cloth diaper


Ada beberapa cara yang boleh dicuba:


Sebenarnya kotoran jarang sekali melekat pada cover CD kerana jenis kain itu sendiri adalah jenis kain yg susah lekat kotoran. tetapi, sekiranya berlaku jg:


1. Gunakan sabun pencuci pinggan jenis cecair seperti sunlight atau glow.


2. Sabun tersebut tdk perlu dicampur air, gosokkan terus pada tempat kuning & sental dgn tangan.


3. Bilas hingga bersih @ masukkan kedalam mesin basuh dgn mode cucian normal.


4. Jemur bawah terik matahari jg boleh membantu menghilangkan kesan kuning.



No comments:

Post a Comment