CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Bermacam-macam brand cloth diaper boleh didapati dipasaran sekarang ini. Tawaran harga juga berbeza-beza ada yg murah, juga yg mahal. Ada plain, ada bercorak. Ada snap button, velcro, aio. Berpoket & tidak berpoket, one size @ fitted size, jadi bagi ibu-ibu yg baru mahu berjinak-jinak dgn CD , membuat pilihan CD memang agak membingungkan dan sukar, berikut adalah tips-tips umum dlm memilih CD:
1. Jangan beli dlm kuantiti banyak sekaligus . Ibu-ibu boleh cuba 1 @ 2 pcs CD utk setiap jenis/jenama Cd untuk melihat kesesuain CD tersebut kepada bayi anda. kesesuaian adalah pada kedua-dua pihak, pihak ibu & pihak bayi...tengok dari segi keselesaan baby menggunakan CD tersebut, kurangnya ruam lampin, kurang leaking dan perhatikan juga dari segi size, memanglah CD ni generally fit to size S,M,L..tapi kena faham bahawa size & potongan badan bayi juga berbeza-beza, ada yg tinggi, montok, gebu, gempal, kurus atau panjang, jadi kenalah cari CD yg bersesuaian. Yang paling penting ibu-ibu kena biasakan diri dulu dgn CD itu sendiri, secara tidak langsung proses ini akan membantu kita mengenali features CD selepas itu.


2. Pastikan saiz cloth diaper sesuai dgn baby. Ini kerana setiap CD mempunyai cutting yang berbeza, cd jenis coolababy, Happy flute dan sunny minky lebih besar berbanding rainbow bb dan babyland dan Coolababy pula agak kecil sedikit berbanding Happy Flute/Sunny Baby Minky tetapi besar sedikit jika dibandingkan dgn  Rainbow Bb atau Babyland.

3.Mahal atau Murah. Sebenarnya,pada saya harga sekeping CD dalam range RM20-40 /pcs masih belum boleh dikategorikan murah cuma kalau dibandingkan dgn sesetengah CD yg berharga RM40-80/pcs sememangnya ia lebih murah, tetapi semuanya terpulang kepada ibu, ada ibu berpendapat mengatakan yg mahal lagi berkualiti,cantik, thn lama dan lagi bagus, tetapi sebenarnya ia juga bergantung kepada cara penjagaan cd, lagi bagus kita menjaga cd maka lagi lama kita boleh menggunakannya, dari segi kualiti juga rasanya tidak kurang beza malah kini terdapat pelbagai corak dan rekaan berwarna-warni biarpun cd tersebut murah dan yg paling baru ialah inovasi CD yg ada leakguard di peha. Yg paling penting mahal atau murah CD itu sekalipun ianya tetap mempunyai fungsi yg sama iaitu untuk "Menggantikan Disposable diapers" kan? =)

4. Fully CD? Saya sendiri bermula dgn 10kpg CD dan sentiasa memastikan CD dibasuh dan kering utk diguna semula esok paginya, tetapi lebih selamat lagi klu kita mempunyai 15-20pcs cd. (takut kalau2 cd x sempat basuh dan tdk sempat kering)
p/s: sekarang sy ada lebih dari 30pcs CD pelbagai jenama.

TIPs PENTING!!


Cadangan jenis cloth diaper mengikut umur baby:


Newborn - 1 1/2 thn : Rainbow BB & Babyland (tapi terpulang pada size baby, saya mula menggunakan CD jenama Coolababy ketika baby (Rafael) berusia 3 bulan dan berat ketika itu hanyalah 6.3kg, cuma saya perlu "adjust" pada snap button utk mengecilkan sedikit saiz CD tersebut dan sekarang pada usia 11 bulan saya masih menggunakan CD yg sama cuma perlu adjust kepada size M, utk rainbow BB saya x perlu adjust button dan utk Sunny Baby/Happy flute saya masih perlu adjust ke size M)


1 - 1/2 thn ke atas : Coolababy (plain/printed/leakguard), Sunny Baby Minky& Happy Flute


1 1/2 thn ke atas : Happy Flute XXL

No comments:

Post a Comment