CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pengenalan CD (Cloth Diapers)

~Apa itu CLOTH DIAPERS?


Lebih mudah kalau cloth diaper dikenali sebagai kain lampin moden. Moden kerana ianyan telah diinovasikan menjadi kain lampin yg mempunyai daya serapan seperti Disposable diapers tetapi dalam masa yg sama boleh dibasuh kemudian di pakai berulang kali.


~ Kelebihannya?
-Penjimatan "super" berganda untuk jangka panjang.
- Bayi juga tidak terdedah kepada bahan kimia yang terkandung dalam lampin pakai buang (Melalui pengalaman saya sendiri pemakaian CD mampu mengurangkan ruam lampin pada baby saya yang berusia 5 bulan.(kini 11 bulan))
-membantu dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar


~ Senang dipakai ke?
Tiada beza seperti memakaikan Disposable Diapers. Jenis berpoket seperti button & velcro,boleh rujuk gambarajah ini :




Jenis AIO (All-in-One) * pula skip Step 3, teruskan ke Step 4. Kerana insert dijahit sekali dalam diapers.


~Macam mana nak basuh?


Sama spt kita basuh baju hari-hari cuma jangan gunakan pencuci yang ada bahan peluntur, softener dan enzim sebab akan cepat merosakkan diaper dan menyebabkan sensitif pada kulit bayi. Sabun yang biasa digunakan Pureen HAD kerana lembut pada kulit bayi tapi kalau mahu menggunakan sabun lain pun tiada masalah Cuma gunakan sabun yang paling biasa & murah, ada juga yang mencadangkan pada saya utk guna sabun Sunlight.Jika cucian tangan, berus kain amatlah tidak digalakkan kerana akan merosakkan microfiber pada cover CD tersebut. Kalau saya, sebelum masuk dalam washing machine saya akan bilas dulu dgn air & utk “poop” pula , selepas “poop” itu dibersihkan, saya akan gunakan sabunPureen HADsebelum bilas dan masukkan ke dlm washing machine. Normal wash sahaja.


Yang paling penting, Pre-Wash CD 2-3x sebelum menggunakan kerana ianya membantu meningkatkan daya serapan CD

No comments:

Post a Comment